Rabu, 01 Februari 2012

Sifat Wudhu Rasulullah SAW

Sifat Wudhu Rasulullah SAW


Agar sholat yang dikerjakan benar-benar bernilai ibadah, maka sebagai muslim yang beriman sudah seharusnya mengikuti cara-cara berwudhu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Berikut adalah cara-cara berwudhu yang diajarkan Rasululah :

1. Berniat. Dari Umar RA, dia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda“Bahwa sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”[1]

2. Membaca basmalah yakni ‘ بسم الله ‘ (bismillah) yang bermaksud “Dengan nama Allah”. Sabda Rasulullah SAW:

لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم اللّه تعالى عليه

Maksudnya: “Tiada sholat untuk siapa yang tidak berwudhu baginya, tiada wudhu’ untuk siapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”[2]

Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa, wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.[3]

Tatacara wudhu Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam satu hadith.

أن حمران مولى عثمان أخبره؛ أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء. فتوضأ. فغسل كفيه ثلاث مرات. ثم مضمض واستنثر. ثم غسل وجهه ثلاث مرات. ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاث مرات. ثم غسل يده اليسرى مثل ذلك. ثم مسح رأسه. ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاث مرات. ثم غسل اليسرى مثل ذلك. ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ نحو وضوئي هذا

Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali, seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian menghembuskannya keluar.

Kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu juga. Seterusnya beliau menyapu kepalanya. Kemudia beliau menyapu kaki kanannya hingga ke buku kaki tiga kali. Kemudian beliau mencuci kaki kiri seperti itu juga. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW berwudhu’ sebagaimana wudhu’ aku ini.”[4]






3. Tatacara wudhu berdasarkan hadist di atas dapat diringkaskan sebagai:
(1). Mencuci kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Lihat gambar:

(2). Memasukkan air ke dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian menghembuskannya keluar. Air itu dimasukkan ke dalam mulut dan hidung dengan menggunakan tangan kanan. Kemudian air tersebut dikeluarkan




menggunakan tangan kiri.Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:

وعن عبد خير قال نحن جلوس ننظر إلي علي حين توضأ فأدخل يده اليمنى فملأ فمه فمضمض واستنشق ونثر بيده اليسرى فعل هذا ثلاث مرات ثم قال من سره أن ينظر إلى طهور رسول الله صلى الله عليه وسلم فهذا طهوره

Dari Abd Khair, dia berkata kami duduk-duduk dan melihat Ali RA ketika beliau berwudhu’, dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian mengeluarkannya dengan menggunakan tangan kiri. Beliau melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali.

Kemudian Ali RA berkata: “Barangsiapa ingin melihat cara Rasulullah SAW berwudhu’, maka beginilah cara wudhu’nya.”[5]

Memasukkan air ke dalam hidung hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kecuali ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW: “Bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung melainkan ketika kamu berpuasa.”[6]

(3). Membasuh muka sebanyak tiga kali. Kawasan muka ialah dari pangkal tumbuhnya rambut hingga bawah dagu atau janggut. Dan dari telinga kanan hingga telinga kiri.[7]



(4). Jika rambut yang tumbuh pada wajah tidak terlalu tebal, maka wajib membasuhnya sehingga kulit yang dilindungi bulu-bulu tersebut. Sedangkan jika terlalu tebal, cukup dengan hanya membasuhnya sahaja.



(5). Membasuh tangan dari hujung tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
(6). Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali saja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.” [8]

(7). Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan setelah itu kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bagian dalam telinga manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang telinga.[9]

(8). Membasuh kaki dari ujung jari hingga ke buku kaki sebanyak tiga kali.

4. Setelah melakukan hal-hal di atas, hendaklah membaca doa selepas wudhu’

Do’a selepas wudhu yang wujud di dalam sunnah. Ada beberapa jenis bentuk doa setelah berwudhu’, antaranya:
Umar Ibn Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah siapa di antara kamu yang melakukan wudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian membaca:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله

Ashhadu anlaa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareekalahu washhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasooluhu

(Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya)

melainkan kesemua delapan pintu syurga akan dibuka untuknya- dan dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.[10]

Di dalam riwayat at-Tirmizi ditambah kalimat di bawah kepada doa di atas:

اللهم اجعلني من التوبين و اجعلني من المتطهرين

Allahummaj’alni minat tawwabin, waj ‘alni minal mutatohhirin

(Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan manusia yang bertaubat dan jadikanlah aku dari mereka yang bersuci.)[11]

Abu Said al-Khudri pula meriwayatkan dari Rasulullah SAW bacaan begini:

سبحانك اللهم و بحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك و اتوب اليك

Subhaanakallaahumma wa bihamdika ashhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atoobu ilaika

(Maha suci Engkau wahai Tuhanku dan segala puji buat Engkau, aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau dan aku memohon keampunan daripada engkau dan aku bertaubat kepada Dngkau.)[12]

Catatan kaki ( Dalil pendukung ) :
[1] Riwayat al-Bukhari di dalam muqaddimah sahihnya dan Imam Muslim hadis no:1908
[2] Abu Daud (101), Ibn Majah (399) dan at-Tirmizi (26). Al-Albani menyatakan ia sahih, Sahih al-Jami’ as-Shoghir (7514)
[3 ]Sifat Wudhu Nabi, m/s 8
[4] Riwayat Muslim di dalam Shahihnya (225)
[5] Di riwayatkan oleh Imam ad-Darimi di dalam Sunannya. Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Misykat al-Masobi
[6] Di riwayatkan di dalam Sunan Abu Daud (142). Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Shahih Abi Daud.
[7] Sifat Wudhu Nabi m/s 12
[8] Sunan Abi Daud: 134
[9] Sunan Abi Daud:135
[10] Riwayat Muslim: 234, Abu Daud:169, at-Tirmizi:55, an-Nasai:148 dan Ibn
Majah:470
[11] Di nilai Sahih oleh al-Albani
[12] Di riwayat oleh Ibn Sunni di dalam ‘amal al-Yaum wa al-Lailah:30, dinilai sahih oleh al-Albani.



HIKMAH DI BALIK WUDHU

Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya Ulumuddin".Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya.Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

1. Ketika berkumur
Berniatlah kamu dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini "Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,
Berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan,
Berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kananku ini "Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri,
Berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala,
Berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu "Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga,
Berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini"Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan,
Berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri,
Berniatlah kamu Dengan,"YaAllah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat "Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar